Jawatankuasa
| Pengenalan | Aktiviti | Langkah2 Keselamatan |


KUMPULAN KERJA KESELAMATAN LA21 2007

Pengerusi : Datuk John Lim Shau Ket
Pegawai Pemantau : Encik Irman Tajuddin Eddy
Setiausaha Kerja : Encik Mohamad Razeek S. Hamid
Ahli-Ahli : Ketua Polis Daerah Sandakan
    Pegawai RELA Sandakan

atas



PENGENALAN


Kumpulan Kerja Keselamatan LA21 merupakan salah satu kumpulan kerja yang ditubuhkan dalam projek perintis pada tahun 2002 dengan ahli-ahli yang terdiri daripada pelbagai pihak yang melibatkan jabatan kerajaan, pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan. Kumpulan ini dipengerusikan oleh seorang ahli perniagaan, Datuk John Lim Shau Ket.

Pelan tindakan yang dilaksanakan dalam projek perintis ini adalah “Langkah-Langkah Pencegahan Jenayah Di Kawasan Kediaman Taman Grandview, Sandakan”

Melihat kejayaan pelan tindkan ini, pada tahun 2005, Kumpulan Kerja Keselamatan telah menerbitkan buku panduan “Langkah-Langkah Pencegahan Jenayah Di Kawasan Kediaman Taman Grandview, Sandakan” untuk diedarkan kepada JKDB-JKDB yang lain untuk melaksanakannya di kawasan kediaman masing-masing.

Pada tahun 2006, Kumpulan Kerja Keselamatan LA21 telah menerbitkan pula risalah “Langkah-Langkah Menjaga Keselamatan Di Rumah”. Risalah ini adalah untuk diedarkan kepada penduduk di taman-taman perumahan dan kandungan yang terdapat dalam risalah ini adalah tentang cara-cara pencuri memasuki rumah anda, cara-cara untuk mengelak kemasukan pencuri, tindakan yang harus anda lakukan apabila rumah dimasuki pencuri dan langkah-langkah pencegahan yang lain.

Selain itu, risalah ini turut dimuatkan dengan maklumat ringkas tentang Local Agenda 21 (LA21) dan nombor-nombor telefon penting seperti kecemasan, polis, hospital dan bomba.

atas



AKTIVITI TAHUN 2007

1. Mencetak semula risalah “Langkah-Langkah Menjaga Keselamatan Di Rumah”.

2. Mengadakan ceramah keselamatan di Taman Mesra.

3. Mengedarkan risalah “Langkah-Langkah Menjaga Keselamatan Di Rumah” kepada wakil-wakil penduduk Taman Mesra

atas



LANGKAH-LANGKAH MENJAGA KESELAMATAN DI RUMAH


BAGAIMANAKAH PENCURI MEMASUKI RUMAH ANDA?

BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENGELAK KEMASUKKAN PENCURI?

APAKAH YANG HARUS ANDA LAKUKAN APABILA RUMAH DIMASUKI PENCURI?

APAKAH LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN YANG LAIN?

atas