LOCAL AGENDA 21: MAJLIS PERBANDARAN SANDAKAN

 

KOMITMEN PENGURUSAN

 

Tindakan awal setelah menerima arahan daripada JKT:

 

o       Melantik Pegawai LA21-> Pn. Agnes Thien

            - Awal 2002

 

o       Membentuk Jawatankuasa Pemantau

o       -  Dipengerusikan oleh Y.Bhg. Presiden

o        

o       Membentuk Kumpulan-Kumpulan Kerja – April 2002

o       Kumpulan Kerja Alam Sekitar

o       Kumpulan Kerja Keselamatan

o       Kumpulan Kerja Kebersihan

 

o       Melantik Setiausaha Kerja dari kalangan Pegawai-Pegawai Majlis – April 2002

 

o       Memilih Pengerusi-pengerusi & ahli-ahli Kumpulan Kerja – April 2002

o       Dilakukan oleh Pengurusan

 

Carta Organisasi Pelaksanaan LA 21

Presiden

En.Yeo Boon Hai

 

   

 

 

 

 

 

 


                                                                                                                                     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PRAPELAN TINDAKAN

 

 

Ø      Latihan kakitangan dan anggota-anggota kumpulan kerja

o       Khidmat perunding dari P.J – Pn Lili Wong

o       3 hari

 

Ø      Sesi percambahan idea di kalangan anggota-anggota kumpulan kerja

o       Mengenal pasti isu dan masalah

o       Ke arah pembentukan Pelan Tindakan

 

Ø       Mesyuarat bulanan J/K Pemantau LA21

o       Terima laporan perkembangan dari Kumpulan-Kumpulan Kerja

 

 

 

WAWASAN MASYARAKAT

 

Ø     Perseiktaran yang bersih, indah dan hijau

Ø     Tahap keselamatan yang tinggi khususnya di kawasan taman-taman perumahan

Ø     Tahap sosio-ekonomi, pendidikan dan kesedaran awam yang tinggi di kalangan penduduk bandar Sandakan

 

 

 

DRAF PELAN TINDAKAN

 

Ø     Sesi Latihan pembentangan -> 11 & 12 Julai 2002

l         Khidmat perunding dari P.J – Pn Lili Wong

 

Ø      Persediaan sebelum pelancaran Pelan Tindakan

l         Bengkel Pelaksanaan LA21 dan Pelancaran Pelan Tindakan LA 21 Majlis Perbandaran Sandakan

§         16 Julai 2002, Sabah Hotel, Sandakan

§         Disertai oleh Pegawai-Pegawai Daerah Seluruh Sabah

§         Penganjur bersama:-

·         Institute For Development Studies (Sabah)

·         Majlis Perbandaran Sandakan

§         Konrad Adenaur Foundation (German)

 

 

PELAN TINDAKAN

 

lTiga Pelan Tindakan dihasilkan selepas 16 Julai 2002:-

 

 

KUMPULAN KERJA

PELAN TINDAKAN

Alam Sekitar

Mengurangkan Pembaziran air di Pasar

Keselamatan

Meningkatkan tahap keselamatan di Taman-taman perumahan

Kebersihan

Meningkatkan tahap kebersihan di pasar

 

 

KUMPULAN KERJA ALAM SEKITAR

 

Tajuk

Mengurangkan Pembaziran Air di Pasar

 

Objektif

 

Mengurangkan pembaziran air di Pasar Bandar Sandakan

 

Tindakan

 

 

•Mengganti paip/pili air di Pasar Bandar

•Mengagih risalah cara betul guna air

•Persatuan bantu pantau penggunaan air

 

 

 

KUMPULAN KERJA KESELAMATAN

 

Tajuk

Meningkatkan Tahap Keselamatan di Taman Perumahan – Taman Grandview

 

Objektif

 

Meningkatkan tahap keselamatan di Taman Grandview

 

 

Tindakan

 

lMembina pondok keselamatan

lMemberi pelekat pengenalan penduduk

lPendaftaran penduduk

lRondaan keselamatan

lSediakan hotline penduduk

 

 

KUMPULAN KERJA KEBERSIHAN

 

Tajuk

Meningkatkan Tahap Kebersihan di Pasar Bandar Sandakan

 

 

Objektif

 

lSemua pegerai mengguna bakul sampah

l Pasar Sandakan menjadi lebih bersih

 

 

 

Tindakan

 

llPembersihan Fizikal Gerai

Gerai ayam dirobohkan (2003)

Gotong-royong membersih Pasar (2002/3/4/5)

l Pendidikan Kesihatan Berterusan

Kursus Pengendalian Gerai Bersih (2004)

Kursus Pengendalian Gerai Bersih II (dilancarkan 28 Julai 2005)

 

 

 

AKTIVITI 2005

 

 

BIL

AKTIVITI

1

 

Pengkomposan Sisa-Sisa Makanan Dari Pasar

• Dimulakan pada April 2005

 

2

 

Kursus Pengendalian Gerai Bersih Siri II

• Dilancarkan 28 Julai 2005

 

3

 

Kempen Menanam Pokok – Ogos/Sept

•Enam taman perumahan; satu bagi setiap DUN

•Lima sekolah di sepanjang laluan utama dari Airport ke Pusat Bandar

 

4

 

Pertandingan Kebersihan/Penggredan Tandas Awam

- Sept/Okt

 

5

Menerbitkan risalah panduan kebersihan

 

 

 

 

AGENDA 21   LOCAL AGENDA 21   (LA21)

 

 

Agenda 21 merupakan satu Pelan Tindakan Global Ke Arah Pembangunan Mampan Untuk Abad Ke-21. Ia dihasilkan melalui deklarasi Earth Summit di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 1992 yang dihadiri oleh 178 buah negara termasuk Malaysia. Pelan Tindakan Global tersebut mengandungi 40 bab yang menghuraikan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan ke arah pembangunan mampan.

 

 

Local Agenda 21 (LA21)

 

Bab ke-28 Agenda 21 menekankan peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam melaksanakan pembangunan mampan di peringkat tempatan menerusi Program Local Agenda 21 (LA21). Oleh yang demikian LA21 adalah Agenda 21 yang dilaksanakan di peringkat tempatan. Local Agenda 21 (LA21) merupakan suatu program yang menekankan penglibatan 3 pihak, iaitu PBT, masyarakat dan sektor swasta berkerjasama untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran mereka ke arah pembangunan mampan dan kualiti hidup yang lebih tinggi.

 

 

Pembangunan Mampan

 

Definisi pembangunan mampan “pembangunan yang memenuhi keperluan sekarang tanpa menidakkan keperluan generasi yang akan datang. Ia termasuk kawalan kependudukan, makanan, keselamatan dan sumber tenaga”.

(Sumber: World Commission On Environmental & Development, 1987)

 

 

Ciri-Ciri Pembangunan Mampan

 

Alam sekitar :            Pembangunan yang benar-benar mengambilkira akibat kegiatan manusia terhadap alam sekitar dan kesihatan.

 

Kesaksamaan sosial :            Pembangunan yang menyumbang kepada pemerolehan dan kawalan sumber yang lebih wajar.

 

Ekonomi manusia :                Pembangunan sosial dan ekonomi yang membantu masyarakat memenuhi keperluan asas.

 

Masa hadapan :         Memastikan bahawa keputusan yang diambil tidak merosakkan atau menjejaskan kepentingan generasi masa depan.

 

Penyertaan :               Proses yang membolehkan seluruh masyarakat terlibat.

 

Tindakan tempatan/ impak global :  Pembangunan tempatan yang menyumbang kepada resolusi isu global.

 

 

Pelaksanaan Program LA21 Di Malaysia

 

Projek Perintis LA21 (2000)

 

Program LA21  ini dimulakan pelaksanaannya di Malaysia pada tahun 2000 melalui Projek Perintis LA21 yang melibatkan 4 buah PBT, iaitu Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ), Majlis Perbandaran Miri (MPM), dan Majlis Daerah Kerian (MDK). Projek perintis ini dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri dan United Nations Development Programme (UNDP). Projek Perintis LA21 telahpun dilancarkan oleh YB. Dato’ Seri Ong Ka Ting, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 17 Oktober 2000 di Dewan Sivik, Majis Perbandaran Petaling Jaya.

 

 

Program LA21 Fasa 2 (2002)

 

Program LA21 Fasa 2 merupakan kesinambungan kepada Projek Perintis LA21 dan ia telahpun dilancarkan di MS Garden, Kuantan, Pahang pada 11 Jun 2002 oleh YB. Datuk Peter Chin Fah Kui, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Program LA21 Fasa 2 ini akan melibatkan seluruh Dewan/ Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran di negara ini.

 

 

Buku Panduan LA21

 

Dua buah buku panduan LA21, iaitu Buku Panduan & Kajian Kes LA21 Malaysia dan Manual Latihan LA21 Malaysia telahpun dihasilkan melalui Projek Perintis LA21. Kedua-dua buku panduan ini akan menjadi panduan utama kepada PBT untuk melaksanakan Program LA21 masing-masing.

 

 

Proses-proses Pelaksanaan LA21

 

Wawasan Masyarakat:

Membentuk wawasan bersama masyarakat melalui bengkel ataupun seminar.

 

Usahasama:

Penubuhan Jawatankuasa LA21 yang terdiri daripada PBT, Masyarakat dan Sektor Swasta.

 

Kajian Isu Bersama Masyarakat:

Mengenalpasti isu-isu pembangunan mampan di peringkat tempatan.

 

Merumus Pelan Tindakan:

Pelan Tindakan LA21 dihasilkan yang menggariskan strategi dan tindakan ke arah pembangunan mampan dan menentukan petunjuk-petunjuk.

 

Pelaksanaan dan Pemantauan:

Pelan Tindakan LA21 dilaksana dan dipantau.

 

Penilaian dan Maklum Balas:

Menilai petunjuk-petunjuk dan mengumumkan hasil pelaksanaan Pelan Tindakan LA21.

 

 

Prinsip-Prinsip LA21

 

Penyertaan & Ketelusan

Melibatkan PBT, masyarakat tempatan dan sektor swasta serta agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Parit dan Saliran (JPS), Pejabat Daerah, Pejabat Pendidikan dan lain-lain. Maklumat mengenai pembangunan mampan mestilah sentiasa terbuka kepada masyarakat tempatan.

 

Usahasama

Wujudnya usahasama dan tanggungjawab bersama antara semua pihak berkepentingan ataupun stakeholders di semua peringkat.

 

Kebertanggungjawaban

Memastikan bahawa semua rakan usahasama bertanggungjawab kepada keputusan dan tindakan yang diambil.

 

Pendekatan Yang Menyeluruh

Menangani punca-punca masalah sosial, ekonomi dan alam sekitar dengan cara bersepadu dan merangkumi seluruh masyarakat tempatan.

 

Peka Kepada Keupayaan Alam Sekitar

Memastikan bahawa corak hidup dan pembangunan adalah selaras dengan keupayaan alam sekitar.

 

Kesaksamaan

Memastikan bahawa semua lapisan masyarakat tempatan tanpa membezakan kaum, usia, status sosioekonomi dan latarbelakang diwakili.

 

Mementingkan Masa Hadapan

Memastikan bahawa kepentingan-kepentingan masa kini dan masa hadapan diambilkira dalam semua peringkat perancangan ataupun pelaksanaan.

 

Hasil Yang Nyata

Membuahkan hasil yang nyata supaya faedahnya dapat dilihat dengan jelas bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat tempatan.

 

 

Faedah-Faedah LA21 Kepada Anda

 

Kepada PBT/ Agensi Kerajaan

·        Meningkatkan kesefahaman, sokongan dan kerjasama, dengan masyarakat dan sektor swasta dalam program-program yang telah dirancang ataupun yang akan dilaksanakan.

 

·        Imej sebagai badan kerajaan yang mempraktikkan tadbir urus yang baik ataupun good governance yang bercirikan penyertaan awam, ketelusan,  kepekaan, kesepakatan, kecekapan dan kebertanggungjawaban dapat ditingkatkan.

 

 

Kepada Masyarakat/ Individu

·        Pendapat dan sumbangan anda diambilkira dalam perancangan dan pelaksanaan program-program yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup.

 

·        Meningkatkan rasa tanggungjawab, cinta, bangga terhadap alam sekitar dan rasa sense of belonging.

 

·        Kualiti hidup dapat ditingkatkan melalui persekitaran yang lebih bersih, selesa, nyaman dan selamat.

 

 

 

Kepada Sektor Swasta/ Syarikat

·        Peluang untuk memberi bantuan, sumbangan dan khidmat bagi sama-sama menjayakan program yang telah dirancang.

 

·        Imej syarikat sebagai sebuah badan korporat yang bertanggungjawab dan peka terhadap alam sekitar dan keperluan masyarakat dapat ditingkatkan.

 

·        Juga memberi peluang untuk mempromosikan produk-produk keluaran syarikat melalui tajaan ke atas aktiviti-aktiviti dalam Program LA21.

 

 

Bagaimana Hendak Terlibat Dengan LA21?

 

·        Hubungilah PBT anda (Majlis Bandaraya/ Majlis Perbandaran/ Majlis Daerah).

 

·        Sertailah pertubuhan yang terlibat dengan program-program alam sekitar dan aktiviti-aktiviti  sosial dalam kawasan anda.

 

·        Didiklah anak-anak anda supaya lebih menyayangi dan peka terhadap alam sekitar.

 

 

Program LA21 Di Negara-Negara Lain

 

Program LA21 bukan sahaja dijalankan di Malaysia malah menurut kajian International Council for Local Environment Initiatives (ICLEI), Program LA21 turut dilaksanakan di beberapa buah negara seperti Australia, United Kingdom, Jepun, Sweeden, Bolivia, China, Denmark, Finland, Vietnam, India dan Indonesia.

 

 

Contoh-Contoh Aktiviti Yang Boleh Dilaksanakan Di Bawah Program LA21

 

Alam Sekitar :            Kitar Semula, Gotong-Royang Kebersihan, Kempen Mengurangkan Pembaziran Sumber, Pertandingan Kebersihan Di Kawasan-Kawasan Kejiranan dan Pertandingan Melukis yang bertemankan alam sekitar untuk peringkat kanak-kanak sekolah.

 

 

Sosial :            Integrasi sosial dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan bagi menggalakkan dan mengeratkan hubungan sosial seperti sukan rakyat, motivasi pelajar, pengawasan kejiranan (neighbourhood watch), Program Kenalilah Jiran Anda dan Lain-lain aktiviti yang turut  meliputi aspek keselamatan seperti Program Kesedaran dan Pencegahan Jenayah.

 

 

Ekonomi :       Menggalakkan aktiviti ekonomi yang boleh menyumbang kepada proses kesedaran terhadap alam sekitar seperti penghasilan produk-produk environmental friendly, terlibat dengan lebih kerap dalam kegiatan menaja aktiviti-aktiviti alam sekitar dan sosial bagi membentuk imej korporat yang bertanggunjawab. Penjualan bahan-bahan untuk Program Kitar Semula misalnya bukan sahaja boleh memelihara alam sekitar malah boleh memberi sedikit pulangan ekonomi.